




"TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.
Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.
Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.
"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .
“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, , ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.













Diadaptasi dari novel....lakonan Eric Bana dan Rachel McAdams...kalau yang suka tengok cerita jiwang skit boleh la tengok cerita ni. Hehe...
Cerita hantu Thailand ni aku tengok semalam (11 Nov). Sebenarnya tak rancang nak tengok wayang sebenarnya...aku datang Midvalley semalam pun sebab nak betulkan balik cermin mata baru aku tu...hehe..bagi penggemar filem seram macam aku ni, boleh la tengok movie ni. Aku confirm korang akan terjerit-jerit dalam panggung. Filem hantu Thai kebanyakannya memang agak menyeramkan....apapun memang best cerita ni tapi tak digalakkan kepada penonton yang ada sakit jantung dan perempuan mengandung. Hehe... (^_^)
Jawapan yang betul:
Birthday boy and birthday woman...
Tiup lilin...jangan tersembur air liur sudah...hehe
Potong kek...kak Faye memang suka interframe...hehe
My officemates
Posing maut anak-anak dara dan mak-mak dara..haha
